|
Fenomena Gangnam Style merebak ke Malaysia ?
Tuesday, September 4, 2012 | 2:00 AM | 0 Mrs Vanilla
Hello Hello Hello . Ouke baiklar. Kat sini saper belom pernah dengar lagi pasal fenomena Gangnam Style nih? Cuba put your hands up skit Hani nak tengok nih . Bagii korang yang tak tau tuh boleh lar tekan video kat atas tuh ye. Penat Hani Upload semata-mata nak share dengan korang taw. For your information, Gangnam style punya virus nih dah berjaya memungut hampir 60 juta penonton di youtube . Fuhlamak ! Punyelar mantop si Psy nih kan . Persoalannya, sape Psy ?
Aduh-2 . Psy tuh nama panggilan kepada si penyanyi lelaki kat atas tuh . Psy diambil singkatan daripada ejaan PSYCHO atau nama kad pengenalannya Jae-Sang Park . Apa yang sedihnya, kehadiran PSY kat persada seni Korea Selatan langsung tak dapat sambutan hangat daripada penduduk negara maju tersebut oleh kerana bentuk fizikalnya yang tidak Handsome dan berbadan gempal .
Tapi semua tuh telah merubah kehidupan serta kekecewaannya sebelumnya apabila memilih untuk mewujudkan sebuah video klip yang direka sepenuhnya dengan elemen-elemen lawak, tarian pelik dan warna warni. Paling mencuit hati apabila gerak tari seolah-olah menunggang kuda menjadi koreografi utama dalam klip berkenaan. Apa taknyerkan , The Moral Value : Harus + Wajib untuk berani mencuba sesuatu perkara yang baru . Mana lar tau rezeki memihak kepada kite pulak kan ? Renung-renungkan dan selamat beramal. |