Hey Peeps! Sila Tinggalkan jejak Korung kat Blog Hanni.Follow me and leave your footprint │Follow │Dashboard│
Mrs Vanilla.
Little Disclaimer
Hello My Prettier and Handsome Friends. You have step into my privacy blog . So Hold On ! Just follow me and be nice here . Warning ! Not allow to use the harsh words. Thank You and Kamsahamida .
Wednesday, November 6, 2013 | 10:36 AM | 0 Mrs Vanilla
Holla Peeps. Harini hani tetibe macam terajin la pulak nak update post memandangkan pepagi buta nanti hani nak pegi Airport sebab nak menyambut kepulangan emak dan ayah yang terchintaaa yang baru je balik daripada menunaikan haji. Cerita dia sekarang ni Hani acah acah macam excited la kan sampai taknak tido bagai . Hahhaahhah . Apa taknye dah lame gile oh tak jumpa diorang. Seingat hani ah kan last jumpa masa raya arito. Ni ah bahana sambung belajar jauh jauh. Hmmmmmmm
Tapi bukan pasal tu yang hani nak cerita sekarang ni. Sebenarnya hani nak share pasal result final exam hani arito. Ya Allah ya Tuhanku. Seriously hani bersyukur gile sebab akhirnya hani takda kena repeat mana mana paper. Seriouse hani cakap yang hani target macam ada dua paper hani akan sangkut ah. Siap call mak hani before amik final exam yee bagitahu yang mybe dua subjek tu kena repeat memandangkan dapat agak carrymark ciput mcm siput ! Apa taknya test and quiz dapat markah pon memang sikit gila then xboleh nak follow langsung. Then bila result final exam dah kuar hani bukan main berdebar ni nk log in masuk student portal tu kes nak check result last last tgk semua LULUS tapi pointer pon ciput macam siput, Tak kesah lah pointer ciput pon asalkan tak kena repeat!
Masa tu mak hani still kat MEKAH then hani mesej bagitahu yang sebenarnya hani frust sebab dapat pointer macam haram tapi still lagi bersyukur sebab takde subjek kena repeat. And macam biasa emak selalu bagi semangat kat hani balik kalau hani dah start nak down. Btw taksabar nak melangkah masuk ke part two sebab hani nak tebus balik pointer yang mcm ciput arito . Even takmampu nak dapat DEKAN pon at least dapat 3 pointer keatas pon oukehhh ohh !
Hello peeps . Kali ni hani just nak share dengan korang cara nk tukarka template kepada blogskin. Bagi sesiapa yang baru start nak berjinak dengan dunia bloggers ni boleh la test guna blogskin kalau nak tengok blog korag fabulousee macam blog hani ni. Actually senang je nak guna blogskin ni tapi kena pandai adjust la yeee . And sometimes agak leceh la guna blogskin ni sebab kalau salah je type or main code dia memang komfem semua elemen lariii punye . So sekarang korang kena FOKUS !
First step , korang kena pegi dekat
Design > edit HTML > scroll bawah > click Revert to Classic Template
Okey , Lepas dah klik revert clasic bla bla bla tu korang tekan save oke. But wait ! jangan tutup lagi, just tekan save je. After that korang bukak new tab and Klik sini . Secara automatiknya korang akan masuk ke website blogskin then pilih la blogskin yang korang suka . Then lepas korang klik dia akan kuar macam ni kat bawah ni then korang klik blogger main.
Lepas klik blogger main , secara automatiknya dia akan download degn sendirinya.Then lepas abis download korang bukak file tu then dia akan kuar macam ni
Then korang copy semua benda kat dalam notepad tu dari atas sampai lah ke bawah. Jangan tinggalkan walaupon satu ayat okey !
Then korang masuk balik dekat blog korang then paste all code yg korang copy tadi tu dekat edit HTML macam gambar kat bawah ni
Then korang tekan save and blogskin tu dah pon melekat dekat blog korang just perlu edit je. Nak edit tu be careful . Salah je masukkan code memang susah nak betulkan balik. Selamat mencuba uols :)
Hey World ! Seriously dah lame gila hani tak update post dalam blog ni sebab busy sangat sejak dua menjak sambung belajar ni. Haahahahha. Alasan poyo macam tu nak ke mana kan? Sebenarnya Hani takde laptop nak mengupdate post kat Lendu tu. Almaklumlah selama ni duduk rumah asyik kebas lappy mak tersayang je kan sampaikan laptop mak hani tu macam dah jadi harta hani dah. And sekarang alhamdulillah Hani dah dapat merasa nak ada laptop sendiri hasil duit pinjamam PTPTN . eh eh ? Motif nak kena bagitahu ?
For your information hani sambung study kat UITM, Lendu. Lendu ? Kat mana erk ? Asal nama pelik gile an ? Kalau nak tahu laaa kan , Lendu tu terletak dekat Melaka and seriously nama kampung kat sane semua pelik pelik such as Kelemak, Melekek la apa la. Masa mula mula nak daftar masuk UITM, Lendu ni boleh tahan la kiteorang punya sesat nak cari area kampung Lendu ni. Dekat UITM ni hani amiik course Communication and media studies (MASSCOM). Seriously best oh ! Belajar sempoii gile. And alang alang cakap pasal sambung study ni saje je la hani nak share story macam mana hani kat sane sepanjang enam bulan study kat sana.
Hani start story dari Minggu Destini Siswa (MDS). Kalau nak tahu, program ni semua student yang baru daftar masuk UITM ni wajib join minggu MDS ni. Wehhhhh , sumpah sepanjang seminggu minggu MDS ni memang penat tahap gile punya. Nak tido nyenyak ? Memang tak dapat la ! Nak mandi lame lame ? Soriiii ah, memang kena maki dengan orang kat luar toilet yang beratur panjang tunggu giliran nak mandi. Masa minggu MDS tu pon kiteorang memang kena bangun seawal 5 ke 6 pagi sebab kena pegi masjid untuk solat berjemaah sekali. Lepas selesai solat subuh start la kena berjalan kaki naik ke Dewan Taming sari yang jauhhh dia boleh tahan ah melecet kaki ni. Dengan pakai baju kurung and berkasutnya memang gempak la cerita dia kan . Duduk bertapa dalam dewan tu sampai la ke maghrib then kena jalan lahi pegi masjid untuk solat maghrib, dengar tazkirah smpai la ke pukul 12 malam. After that, amik makanan and balik kolej. wehhh . korang ingat balik kolej boleh terus masuk bilik then tido ke ? Memang sorry ah jawab dia. Balik kolej then kena berkumpul kat bawah tu ,kira orang sampai cukup then dengar lagi kakak kakak MDS membebel baru boleh naik bilik. Macam mana kalau orang tak cukup? Memang kena stay la kat dataran tu jawabnya.
Lepas boleh naik bilik tu mula la tandas start penuh dalam pukul 1 2 pagi tu sebab semua dah start rimas kan dari pagi tak mandi. Nak beratur tunggu giliran tu memang berejam lah jawabnya and kadang kadang ada yang beratur sampai pukul 4 pagii ohh . Motif ??? serious malas nak cerita panjang so hani stop sampai sini jelah. yang lain korang pikir and bayangkan la sendiri betapa syoknya minggu MDS tu . hahahahha
By The Way, apa yang hani boleh bagitahu sejujurnya la minggu MDS memang ohsem !! Sebab melalui program ni la kita dapat jumpa kawan kawan baru, dapat kenal senior senior kat sana yang sememangnya baik and ohsemm. Now, jari hani pon dah lengoh menaip so hanii stop sampai kat sini je. Kalau ada masa hani update new story pulak yee ! Kbhaiiii *lambai kaki and tangan
Jyeahhh ! Belom sampai 5 minit hani update post "OH NOO " akhirnya hani kembali update satu lagi post disebabkan terlalu banyak benda nak distory morrykan pada hari ini . Sori laa erk kalau ayat hanii ni agak kekamusan kedewanan sikit . hahaha . Pon ada erk ayat kekamusan kedewanan cenggitu ?
Post kali ni Hani nak citer pasal manusia yang selalu ada sifat tak puas hati dengan orang lain . Actually story ni di adaptasi daripada kisah hidup adik hanii . Hmmmm . Bila dah berkawan dengan insan yang bergelar manusia ni kan mesti ada je rasa and sifat tak puas hati ada je lahir dalam diri . Hani betul betul takfaham kenapa kite perlu nak rasa jeless dengan kelebihan orang lain erk ? Perlu ke ? Takboleh tengok orang lebih daripada dia pahto mula la duk gossip sane gossip sini mengalahkan mak jemahh .
Seriusly kalau tengok adik hanii si eti tuh bukan main rapat lagi dengan kawan dia sorang tuh . Kalau nak pegii mana mana tuh memang asyik keluar berdua laa . You tumpang I then I tumpang U .Kalau tengok memang sweet giler ! Bff la konon *mata keatas then tangan kebahu . Tapi disebalik tuh rupanya kawan si ety tu makan dalam . Aishhh . Depan baik tapi belakang nauzubillah . Mulut macam parit !
Seriusly masa eti citer pon hani rasa tak percaya sebab dia dengan kawan dia nampak close gile gile . Tu baru hani , si etii tuh lagi laa double triple takpercaya sebab kawan yang dia duk sanjung sanjung rupanya haremmmm ! Bakpe perlu ada rasa takpuas hati dengan kelebihan seseorang? Takfaham laa ambe nge makhluk spiesis demee ni . Then sekarang si kawan eti tuh ramai geng , mula lah nak pulaukan si eti ni . Wehhh , ko ingat siket dulu orang yang ko pulaukan tu lah selalu duk angkut ko kehulur kehilir . Aishhh . Bila dah rasa ramai geng tu kan mulalah nak tunjuk otainyer . Ingat la siket sayangg , kalau ko boleh pulaukan eti sekarang tak mustahil on day orang yang kononnye jadi geng ko sekarang akan pulaukan ko balik . Benda macam ni kalau Allah nak balas sekejap je . Kita bukan selalu berada kat atas . Takperlu nak mengata orang kalau diri pon dua kali lima jawapan dia sepuluh dengan perangai ko . Hahaahhaha ! Nampak tak lagii ayat hati baree keluor ow ? So fikir fikirkan lah then selamat beramal !
Assalammualaikum readers ! Kali ni hani kembali mengupdate new post memandangkan ada something yang hanii nak share and luahkan . Hadooo ! Ayat luahkan mahal tu . Sebenarnya Hanii dalam dilema nak sambung study . Hahahah . Apa taknyer , kalu masa sekolah dulu senang je nk sekolah . Just bawak mak ayah and pegi daftar kat pejabat . Tapi bila usiaa dah bertambah double triple kena potostat ni laa itu laa nk bagi kat pihak U semata mata nk sambung blajar.
Bukan tu yang hani nak citer sebenarnya . Hahahahahah *gelak sorang diri . Sebenarnya hani tak sangka yang hanii berjaya dalam temuduga Masscom tempoh hari . Alaaaa , adakan yang hani duk update kat post lepasss lepass . Mati mati laa ingat tak dapat . Rupa rupanya rezeki memihak kat hani and hani berjaya temuduga tu . Hadoooo . Sambung blajar kat U laa pulak jawabnye . Yang jadi masalahnye sekarang ni Hani memang mati mati rasa macam nk stay je form 6 . Sebab bile dipikir pikirkan okee ape amik form 6 . Belajar satu stgah tahun then boleh buat degree terus . Takpayah nak tunggu tiga empat tahun kan baru nak graduate diploma . Tapi kalau nk amik STPM ni belajar dia rushingg siket la kan . Kena banyakkan membaca and hani pulak bukannye jenis sentuh buku . Kalau Muka Buku boleh ler !
Tapi nak dijadikan ceritanya , dalam kesungguhan hani nk amik STPM tu , Mak hani pulak bersungguh sungguh nak suruh hanii masuk U memandangkan hani dapat masuk UITM . And mak bagi sebab sebab why hani patot amik je diploma then bila dipikir pikirkan balik ada betulnye jugak apa mak cakap . Disebabkan situasi ni la hani jadi compiuss nak amik STPM or DIPLOMA ! Aisshhhhh . Seriusly mak semangat gila . Sampaikan msg hani dari hospital semata mata nak ingatkan hani suruh packing barang and ready untuk daftar kat UITM tu . Seriuslyy hanii jadi serba salah duk fikir . Bila mak semangat macam tu hani jadii serba salah kalau nk terus berkeras amik STPM . Mak hanii sakit sebenarnya and dia sanggup buat appointment nk buat medical checkup dgn doktor semula after hantar hani . Seee ? Pengorbanan ibu ! Sakit macam mana pon tapi still pikirkan anak anak and semangat nak tengok hani menjejakkan kaki kat U . Seriuslyy Hani rasaa sedih pluss terharu double triple . *kesat air mata
Hani pulak sedih nak tinggalkan rumah . Dahlah dapat jauhhh ! Haiyaaa . Dah lah belom pernah duduk asramaaa apatah lagi berjauhan dgn keluarga untuk tempoh masa yang agak lama . Okee ! Hani belom pegii lagipon dah rasa down n sedih giler . Hahahaha . Tapi nak buat macam mana kan ! kena strongg la . Buat muka ketat je konon boleh hidup berdikari . Hahaahha . Anyway , Hani harap sangat sangat pemergian hani nanti dirindui seisi rumah ! okeee ! start sedih dah niii . hahahaahh . KBHAI .
Jyeahhh ! Finally tiba pun hari khamis . Sejak dua menjak berkerja ni kan ,Hari khamis la merupakan hari yang paling hani tunggu tunggu . Nak rehat secukupnya la konon . Seriusly boleh tahan penat kerja kat koperasi . Apa taknyer , Hani masuk kerja pukul 8.30 . Sampai je koperasi terus susun susun barang and potostat kerja budak . Dalam 9.35 dah start dah zombi zombi duk serang koperasi sebab nak beli roti and air minuman . Then dalam pukul 11 hani susun air and sejukkan air yang dalam kotak ke dalam peti . Dan kisah sedih ini berlarutan sehingga jam 1 tengah hari . Hahahahaa
Boleh dikatakan sekarang ni hampir 4 bulan dah hani kerja situ . Macam macam dugaan hani lalui . Seriusly mencabar tahap keupayaan fizikal , mental dan emosi hani . Hahahaha . Ape taknye , bebudak tu macam maam jenis perangai ada . Ada yang sopan and nerd and tak kurang hebatnya ada yang kuang hajar and jenis suke buat lawak bodo poyo dia . Tapi tak kesah la kan . Bebudak je kot . Sabarrr jelah .
Tapi setakat nak layan perangai diorang yang pelbagai tuh mmg takde hal lah . Tapi kadang kadang datang naik serabut tuh memang naik hantu la eden jawabnyo . Memang tak dinafikan la yang hani mmg suke kerja ni sebab buat hani jadi makin rapat dengan semua budak budak sekolah hani . Daripada yang hani takkenal sampai la jadi kenal.
Dan apa yang hani rasa sedih sekarang ni sebab hani dah nk berenti kerja dah . Hahahahha . sedih laa sangat kan *tangan kebahu dan mata ke atas . Kononnya nak prepare untuk sambung blaja la konon to yang berenti awal tuh . Mybe sebab hani dah rasa rapat gegila kot dengan bebudak kat situ . Actually bebudak kat situ semuaa panggil hani dengan panggilan Kak Hani . Yang kelakornye budak gengster skolah pon panggil hani "kak" oke . WAhhhhhhh ! gangster la sangat kan ? Hahahhahaha . Apa apa pon , lepas ni korang dah takboleh nak beli air lepas or sebelum waktu rehat lagii dah sebab kak hanii dah takda nk melayan perangai and bersubahat dengan korangg . Sampai terkantoi dengan cikgu oke ! tapi kak hani buat muka slumber radakkk je . ni semua sebab rasa kesian yang menebal dalam diri kak hani tengok korang merengek nak air and kerepek . And sesape yang selalu dapat air free setiap hari khmis tuh lepas ni jangan harap la dapat rasa air free lagi dah . Hahahahhaha *gelak jahat .
Short Name : Hani or saying HAHAHAHAHAH
Some Simple story about me :
Hai babes. Its been a long time hani buat blog ni and yeah sekarang hani kembali aktif seperti biasa. Sejarah penubuhan blog berlaku pada awal usia 17 tahun and now nak cecah 21 Tahun. Makkkk aihhhhh. Dah tua Bangka dah. Hahahahha. Blog hani ni more kepada share story pasal life hani and its more kepada online diary hani. Kalau mata bebulu ke apa takyah baca and sebab hani more kepada share kisah hidup and pendapat hani kat sini. Lot of Love and xoxo :)